Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya tampil mengucapkan penghargaan buat suami tercinta, Arif Izuddin Radzali sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2 tahun.
View this post on InstagramAdvertisement
Bella Dally atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally,30, turut berkongsi sekeping foto bersama suami di sisi dalam hantarannya itu untuk tatapan peminat.
Menyambut ulang tahun perkahwinan mereka secara sederhana, Bella turut menulis kata-kata manis buat suami tersayang.
View this post on Instagram
“Selamat ulang tahun ke-2 perkahwinan sayang. Setiap hari saya bersyukur mempunyai kamu dalam hidup saya, awak adalah cahaya saya..” tulisnya dalam bahasa Inggeris di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan selamat ulang tahun serta turut berdoa agar pasangan ini sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.
View this post on Instagram
Terdahulu, Bella dan Ariff telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019. Ini merupakan perkahwinan kali kedua pelakon itu yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nazim othman pada tahun 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei 2018.
The post “Setiap Hari Saya Bersyukur Ada Kamu!” Bella Dally Titip Ucapan Buat Suami Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments