#Hiburan: ‘Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali, Akhirnya Saya Sudah Bercerai’ – Nadia Brian

Kontroversi rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu kelmarin. Memetik laporan Utusan Malaysia, penceraian dilafazkan di luar mahkamah sebagaimana yang diminta bekas suami.

BACA: Ditawar Berlakon Di Hollywood Bukan Kerana Seksi Tapi Kerana Berwajah Eksotik, Nadia Brian Tampil Beri Penjelasan

Advertisement

Kata pelakon ini, dia akan memberi fokus kepada kerjaya seni dan keluarga terutama ibu dan neneknya selepas ini.

Meninjau ke ruangan Instagram, Nadia Brian menerusi hantaran terbaru meluahkan syukur akhirnya konflik selesai setelah beberapa lama digantung tidak bertali.

Nadia memohon mana-mana pihak supaya tidak lagi mengaitkan diri dan keluarganya dengan pihak di sebelah ‘sana’. Pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini juga memohon soalan berkaitan penceraian tidak diajukan lagi selepas ini.

Di ruangan komen, peminat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat pelakon cantik ini.

 

The post ‘Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali, Akhirnya Saya Sudah Bercerai’ – Nadia Brian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments