#Hiburan: “Pakai Contact Lense Ke?” Anak Mata Besar Semula Jadi, Puteri Sarah Kongsi Foto Ketika Kecil

Pelakon cantik yang kini semakin aktif berlakon, Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan sebuah foto yang memaparkan dirinya pada waktu kecil dahulu di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Advertisement

Yang menarik perhatian peminat apabila mata Puteri Sarah memang diakui semula jadi besar seolah-olah memakai ‘contact lense’.

Dalam hantarannya itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini memberitahu bahawa anak matanya itu memang besar sejak dilahirkan dan menganggap ianya adalah anugerah daripada Allah S.W.T terhadap dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Pelakon wanita itu juga menafikan bahawa dia sentiasa memakai kanta lekap untuk menampakkan matanya lebih besar daripada biasa.

“Ramai tanya Puteri Sarah pakai contact lense untuk besarkan mata ke? Betullah tu, dari i baby i pakai contact lense..” ujarnya di bahagian kapsyen foto tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji kecomelan Puteri Sarah sejak kecil itu.

Malah ada yang menyamakan wajah pelakon drama rantaian Evolusi KL Drift The Series ini dengan anak perempuannya, Sumayyah.

The post “Pakai Contact Lense Ke?” Anak Mata Besar Semula Jadi, Puteri Sarah Kongsi Foto Ketika Kecil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments