Pelakon yang namanya semakin dikenali, Dini Schatzmann memaklumkan bahawa teman wanitanya, Janna Nick kini sedang berehat daripada menggunakan media sosial serta telefon bimbit.
Janna yang sebelum ini ada memuat naik video yang memaparkan dirinya berada dalam tekanan hebat kerana terlalu sibuk dengan kerjaya menerusi Instagramnya sudah agak lama tidak mengemaskini media sosialnya selepas itu.
View this post on Instagram
Ujar Dini, kekasihnya itu kini sedang menenangkan fikiran kerana sedang melalui ‘sesuatu’ pada ketika ini.
“Yang saya tahu dia sedang melalui sesuatu ketika ini. Buat masa sekarang, dia sedang berehat (break) daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial.”
Tambah pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, dia juga masih belum berkesempatan untuk menemui Janna secara empat mata kerana terbabit dalam sebuah penggambaran drama.
View this post on InstagramAdvertisement
“Saya belum dapat berjumpa dengan Janna jadi saya tak pasti bagaimana keadaannya..” kata Dini ketika dihubungi media baru-baru ini.
Sebelum ini, Janna turut dikecam hebat oleh peminat muzik Korea ataupun K-Pop kerana kesilapannya menggunakan ayat untuk mempromosikan filem arahannya. Dia juga ada mendedahkan bahawa dirinya mengalami tekanan sekaligus menganggu emosinya kerana jadual kerja yang sangat padat.
View this post on Instagram
The post Lama Menghilang, Dini Schatzmann Maklum Janna Nick Kini Sedang Berehat Dari Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments