Meskipun usianya sudah hampir mencecah 70 tahun, pelakon senior dan juga pengacara terkenal, Jaafar On meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik pada ketika ini.
Jaafar Onn yang ditemui media baru-baru ini turut berkata bahawa dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti yang biasa dialami warga emas seperti penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
Pelakon yang terkenal dengan drama telemovie Cili Padi ini juga mendedahkan bahawa dia sering mengamalkan makanan berunsurkan herba bagi menjaga kesihatannya sejak dahulu lagi.
“Saya tak ambil gula..memang rumah saya tiada gula dan saya selalu amalkan air lemon panas tanpa gula pada setiap pagi, petang dan malam.”
Dalam pada itu, bintang filem Gemerlapan ini juga khabarnya semakini dihujani tawaran berlakon dan mengacara dan memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan tawaran yang diberikan kepadanya meskipun sudah berusia.
Ujar Jaafar Onn lagi, dia juga mempunyai pembantu peribadi iaitu anaknya sendiri yang sedikit sebanyak membantu kegiatan harian seperti makan minum dan pengangkutan ke set penggambaran.
Sekadar info, pemilik nama Jaafar Onn Awang ini dilahirkan pada 19 Okotber 1951 dan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1983 sebelum bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup itu dia dan bekas isteri telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
The post ‘Job’ Makin Kencang Meskipun Dah Berusia, Jaafar Onn Amalkan Gaya Hidup Sihat Di Kala Umur Cecah 70 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments