Noor Neelofa sememangnya merupakan seorang ikon selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Saban minggu pasti ada sahaja berita mengenai dirinya.
Belum selesai netizen berbincang mengenai isu Neelofa dan PU Riz rentas negeri ke Langkawi, kini timbul pula topik baru yang menjadi perbincangan hangat ramai di serata laman media sosial.
Terbaru, Neelofa telah merasmikan satu kolaborasi baru di antara aplikasi islamik miliknya The Noor bersama jenama kasut terkenal. Daripada entri yang dimuat naik di laman Instagram selebriti itu, kasut tersebut kelihat seperti ‘slip on’ getah.
View this post on Instagram
Advertisement
Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah ciri-ciri selipar itu yang dikatakan sebagai ‘muslim-friendly’ ataupun mesra Muslim.
Netizen nyata tidak memahami maksud ataupun kandungan pembuatan selipar itu bagaimana sehingga ianya digelar sebagai mesra kepada pelanggan Muslim. Lantas banyak komen yang ditinggalkan bagi mempersoalkan hal tersebut.
Cantik juga design kasut ini. Korang ada yang dah ready nak beli ke?
The post “Habis Selipar Aku Selama Ni Apa?” – Netizen Garu Kepala Lihat Neelofa Lancar Selipar ‘Muslim-Friendly’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments