Faizal Tahir mengumumkan di Instagram bahawa dirinya akan berehat panjang selepas tibanya hari raya Aidilfitri kerana dia berasa ‘burnout’ yang membawa maksud penat dari segi fizikal dan mental disebabkan oleh tekanan yang tidak henti.
Penyanyi dan komposer terkenal itu berkongsikan perkara ini di laman Instagramnya untuk diluahkan kepada pengikut-pengikutnya.
Di dalam gambar yang berbentuk surat itu tertulis,
Saya bekerja tanpa henti sejak Assalammualaikum pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan pelbagai lagi projek. Alhamdulillah, tapi saya sudah kehilangan banyak tenaga – the burnout is real.
Tambahnya lagi,
Saya akan mengambil cuti panjang selepas raya. Saya perlukan waktu untuk bersama keluarga dan juga diri sendiri.
AdvertisementView this post on Instagram
Naib juara program realiti One In A Million itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah bersamanya sepanjang perjalanan dia sebagai anak seni.
Di ruangan komen terdapat banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti seperti Nabila Huda, Uyaina Arshad, Catriona Ross dan ramai lagi.
Perkongsian luahan hati Faizal Tahir itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka.
The post Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments