Pelakon popular Erra Fazira, 47 mengatakan anaknya, Engku Aleesya Emran berasa teruja apabila 30 Mac yang lalu umurnya mencecah 12 tahun kerana dia sudah boleh mempunyai kad pengenalannya sendiri.
Melalui temubual bersama Harian Metro, Erra memberitahu dia tidak membawa anaknya lagi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses pembuatan kad pengenalan anaknya.
Bagaimanapun, atas faktor keselamatan Erra tidak akan membenarnya Aleesya memegang kad pengenalannya sendiri, sebaliknya Erra hanya akan memberi salinan kepada Aleesya.
Dalam temubual tersebut juga, Erra menceritakan sedikit perkembangan Aleesya dan memberitahu dirinya menggunakan cara pendekatan Rasulullah S.A.W mendidik anak.
Semuanya sudah berubah. Jadi masa ini adalah masa mendidik. Kita berbalik kepada sunnah Rasulullah dimana usia tujuh tahun ke atas adalah masa untuk kita mendidik dia. Selepas itu kita mendekati dia sebagai kawan.
Erra juga turut mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan bulan Ramadan ini untuk berehat seketika daripada aktivit-aktiviti seni kecuali aktiviti yang dia tidak dapat elakkan.
The post Erra Fazira Ikut Sunnah Rasulullah S.A.W Dalam Mendidik Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments