Sudah lebih dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Sabah, pelakon Azwan Kombos memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya mendapat peluang untuk bertemu keluarga di Sabah.
Namun, Azwan bukanlah ke Sabah di atas tiket bercuti tetapi sebaliknya bagi memenuhi tuntutan kerja untuk penggambaran sebuah drama.
View this post on Instagram
Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos ini memberitahu bahawa meskipun jadualnya padat dengan penggambaran setiap hari namun dia tetap akan mencuri masa untuk menziarahi keluarganya di Kota Belud, Sabah.
“Saya ke sana (Sabah) atas urusan kerja, ada shooting drama 20 episod di Kota Kinabalu. Sebagai orang Sabah, sudah tentu saya berbesar hati untuk membintangi drama tersebut. Tapi saya bukan ambil kesempatan, cuma kalau ada masa mestilah akan menziarahi keluarga di Kota Belud memandangkan sudah dua tahun lebih tak dapat pulang ke kampung.”
Menjawab persoalan adakah dia tidak takut dikecam kelak oleh netizen kerana sesuka hati pulang ke kampung halaman, Azwan berkata dia tidak ada rasa gusar kerana dia pulang ke Sabah untuk tuntutan kerja dan bukanlah saja-saja untuk bercuti.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam pada itu, pelakon filem Nasi Tangas ini juga memaklumkan bahawa dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya memandangkan penggambaran mengambil masa kira-kira sebulan.
Azwan juga meluahkan perasaan sedih dalam hati kerana ini merupakan kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Namun Azwan tidak merasa kesal kerana isterinya iaitu pelakon Ezzaty Abdullah seorang yang memahami dan khabarnya dia juga akan pulang ke Shah Alam pada Aidilfitri nanti untuk beraya bersama-sama keluarga tersayang.
View this post on Instagram
“Anak pula faham saya bekerja, jadi dia okay saja sebab saya kata kalau rindu, boleh buat panggilan video. Lagipun, saya tak risau sangat sebab Ezzaty akan beraya bersama ahli keluarga di Shah Alam..” ujarnya mengakhiri temubual bersama sebuah portal media, baru-baru ini.
The post Dua Tahun Terpisah, Azwan Kombos Syukur Dapat Jenguk Ibu Di Kampung, Pertama Kali Beraya Tanpa Keluarga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments