#Hiburan: Dek Kenyataan ‘Angkuh’ Tentang Isu Rentas Negeri, Netizen Mahu Boikot Neelofa?

Kelmarin, selebriti Neelofa akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi berkaitan isu rentas negeri ke Langkawi bersama suaminya, Muhammad Haris pada minggu lepas.

BACA: ‘Saya Tak Nak Ulas Panjang-Panjang’ – Isu Langgar SOP, Neelofa Minta Ruang Selesaikan Secara Profesional

Advertisement

Menurutnya, dia meminta ruang daripada orang ramai supaya dapat menyelesaikan sendiri hal tersebut dengan pihak berkuasa. Malah menjelaskan tidak semua maklumat perlu dikongsikan kepada umum.

Advertisement

Walaubagaimanapun, sebahagian daripada kenyataan Neelofa itu menimbulkan rasa kurang senang netizen memandangkan ayatnya yang kelihatan angkuh.

“Sebenarnya setelah benda ini terjadi, kesan daripada netizen malah kita ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan. Dan terima kasih jugalah kepada anda semua yang memberi free marketing kepada saya dan memberi rezeki kepada saya.”

neelofa dan pu riz

Selepas sahaja kenyataan ini tersebar di serata media sosial, nama ‘Neelofa’ turut menjadi kata kunci trending di laman Twitter. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyelar kata-kata selebriti selain ada yang menyatakan bakal memboikot produk keluarannya.

neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar neelofa diselar

Apa pendapat anda mengenai hal ini?

The post Dek Kenyataan ‘Angkuh’ Tentang Isu Rentas Negeri, Netizen Mahu Boikot Neelofa? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments