#Hiburan: Bermalam Di Balai Polis Seawal Pukul 3 Pagi, Madu Adira Suhaimi Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bergolak?

Datin Red yang merupakan madu kepada penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia tampil berkongsi beberapa luahan perasaan di Instagram Stories mengenai keadaan rumah tangganya.

View this post on Instagram

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Advertisement

Isteri pertama kepada Datuk Red, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim dalam hantaran IG Story tersebut tampil memberi bayangan seolah-olah rumah tangganya  bersama suami kini bergolak.

IG Datin RedSumber : Astro Gempak  

“Tak pernah rasa sesakit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya, kehidupan akan menjadi baik semula. Untuk kali ini, saya takkan setia bersama kamu disebabkan anak-anak. Satu ikatan perkahwinan yang tidak gembira tidak akan berhasil.”

Datin Red dalam pada itu turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan dia ditemani rakan baiknya sedang berada di balai polis Sungai Buloh seawal pukul 3 pagi.

Dia turut menulis agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menghadapi cabaran rumah tangga untuk kali ini.

IG Datin RedSumber : Astro Gempak  

Sekadar info, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebelum ini telah bernikah dengan penyanyi Adira di luar pengetahuannya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Manakala perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Datin Red Datuk RedSumber : Google  

Sebelum bernikah dengan Datin Red, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun kemudian berpisah lima tahun kemudian dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Keseluruhannya, Datuk Red mempunyai 10 orang anak hasil perkahwinan bersama tiga orang isterinya.

The post Bermalam Di Balai Polis Seawal Pukul 3 Pagi, Madu Adira Suhaimi Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bergolak? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments