#Hiburan: Tasha Shilla Gembira Suami Selalu Teman Pergi Kerja

Mengakui senang hati apabila suaminya, Muhammad Atiq Idris sering menemaninya pergi bekerja, pelakon sensasi Tasha Shilla yang baru sahaja melangsungkan pernikahan sekitar Februari lalu itu dedah suaminya kini telah menggantikan ibunya yang sebelum ini merupakan individu yang setia akan mengikuti ke mana-mana.

Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja

Menurutnya, beliau juga akan melakukan perkara yang sama kepada suami andai tidak sibuk dengan jadual pekerjaannya.

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set penggambaran. Sama juga kalau saya tak sibuk, saya akan menemani suami kerja.”

Tambah Tasha, beliau kini seakan mampu menghembus nafas lega andai perlu pulang lewat malam kerana suaminya akan tampil menjemputnya di lokasi penggambaran.

Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja

“Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi.”

Ujar Tasha, beliau mengakui selepas berkahwin dirinya kini merasakan kehidupannya bagai sudah lengkap apabila bergelar isteri.

Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja

 

“Kehidupan saya kini sebagai isteri penuh kebahagiaan. Apa yang boleh saya katakan, apabila melangkah ke fasa hidup baharu ini, kehidupan saya rasa seperti sudah lengkap.”

Untuk rekod, Tasha dan Atiq sebelum ini sah mendirinkan rumah tangga pada 28 Februari lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan. Diharapkan hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments