Penyanyi Ezad Lazim baru-baru telah berkongsi sebuah berita sedih mengenai kehilangan ibunya, Rosadah Jahaya yang meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi pada hari jumaat yang lalu.
Arwah ibunya dikatakan telah rebah di dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi hari berkenaan.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, sama sekali tidak menyangka akan menghadapi pemergian ibu tersayang hanya sehari selepas mengenangkan kehilangan arwah bapanya setahun yang lalu.
“Ibu saya Rosadah Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini. Mohon doakan yang terbaik untuk arwah ibu saya, Al-Fatihah. Ya Allah, mak.. bangchik balik ni.Baru semalam (khamis) kita kenang pemergian arwah abah dah setahun. hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita,”
Ezad memaklumkan berita sedih itu menerusi ruangan laman Facebooknya pada jumaat lalu.
Peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi lagu Luahan Cintaku itu rata-rata berkongsi rasa sedih dan mengucapkan takziah di atas pemergian ibu tercinta.
Menurut isteri Ezad, Zeana Ramli ketika ditemui turut memberitahu bahawa ibu mertuanya itu sebelum ini mempunyai penyakit darah tinggi. Jenazah ibu mertuanya itu dilaporkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda sejurus selepas solat asar pada hari yang sama.
Sumber: mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments