#Hiburan: Dayang Nurfaizah Bimbang Nak Buat Rawatan Muka Takut Tak Ada Perubahan,-” Cantik Tak Semestinya Kena Putih!”

Memang impian setiap wanita untuk menjadi cantik tidak kiralah secara natural atau menjalani rawatan kosmetik dan pembedahan di wajah untuk sentiasa kelihatan awet muda.

Namun, lain pula buat penyanyi Dayang Nurfaizah yang enggan melakukan perkara seperti itu. Menurutnya, dia langsung tiada keberanian untuk melakukan sebarang perubahan pada wajahnya kerana bimbang kesan jangka panjang yang mungkin berlaku kelak.

View this post on Instagram

Attire: @toryburch @valiram Styled by @bybids #dayangxbungaa pc

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

“Saya tak pernah terfikir tentang rawatan pada bahagian muka sebab saya takut benda-benda macam tu. Takut perubahan tak menjadi tapi hanya memberi kesan kekal. Tak beranilah.. kalau boleh tak mahu, biarlah tua secara semula jadi dan terimalah seadanya, Alhamdullilah!”

Namun, penyanyi yang popular dengan lagu hits Di Pintu Syurga ini tidak pula membantah apabila ada orang mahu lakukan perubahan pada wajah mereka, asalkan mereka yakin dengan perubahan tersebut.

Ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta untuk produk kosmetik, Bungaa di Hotel Royal Damansara, Petaling Jaya, Dayang turut mendedahkan ‘rahsia’ memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik.

View this post on Instagram

Tq Datuk RJ for inviting me ?? #kotakinabalu

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

View this post on Instagram

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

 Menurut Dayang, dia lebih menitikberatkan rutin penjagaan harian untuk kulit mukanya.Tambahnya lagi, kecantikan seseorang wanita itu bukanlah bergantung kepada kecerahan warna kulit semata-mata, tetapi keyakinan diri menjadi faktor utama.

“Semakin meningkat usia, saya lebih utamakan penjagaan wajah sebab bagi saya kalau kulit sihat, kita mekap sikit pun dah okay. Cantik ini tak semestinya putih, warna kulit sama sekali tidak menentukan kecantikan seseorang kerana ia perkara subjektif. Nak cantik tak perlu nak ubah-ubah pada wajah cuma kita perlu tambah seri saja.Bagi saya kecantikan itu apabila kita ada keyakinan, kalau kita tak yakin dengan diri itu yang akan buat kita rasa down dan rendah diri,” – Dayang Nurfaizah

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments