#Hiburan: “Biar Kami Selesai Sendiri..” Ditegur Isu Nafkah Anak, Dr Che Hafiz Minta Rita Rudaini Tidak Masuk Campur Urusan Keluarganya Dengan Bekas Isteri, Lufya Omar

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kini tampil untuk meminta selebriti wanita Rita Rudaini supaya tidak masuk campur dalam urusan peribadi mereka.

Ini berikutan dia mula berasa ‘bengang’ di atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Rita terhadap dirinya. Menurut Che Muhammad lagi, Rita bukanlah orang yang sesuai untuk memberi sebarang komen berhubung nafkah atau apa saja urusan rumahtangganya memandangkan artis berkenaan tidak langsung mempunyai kaitan dalam kehidupan peribadi mereka.

View this post on Instagram

Haritu time birthday daddy ada cakap daddy taknak hadiah apa2 kan dari haura. So haura pun taknak hadiah apa2 pun la dari daddy ?? Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu kan dan harini genap dua tahun umur my daughter Lanaa haura. Apa2 pun daddy nak ucapkan Selamat hari kelahiran kepada anak ku Yg tercinta dan daddy mendoakan agar haura sayang menjadi anak yang solehah,berjaya dunia akhirat juga berguna kepada masyarakat dan mampu memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti Insya Allah Amin. Biarpun masa, tempat dan manusia itu menjadi pemisah antara Kita tetapi tidak bermakna kasih sayang daddy terhadap haura itu pudar dan berbelah bahagi. because of you my daughter haura sayang I will keep strong and even stronger than before and please remember I will be always become your warrior till the end no matter what ?????

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on

Tambah Dr Che Hafiz lagi, dia sedar atas tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka.

“Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk camput dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu. Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia. Apa yang terjadi, hanya Allah saja mengetahui. Saya berserah dan sentiasa berdoa kepada Allah,”

Mengimbas kembali, Rita Rudaini sebelum ini tampil menegur bekas suami pelakon Lufya Omar supaya tidak lupa melunaskan nafkah kepada anak perempuan mereka, Laana Haura.

View this post on Instagram

Selamat petang…rasa nak cari kopi dgn cisss cake laaa ? ? Z A A R A @sisturrexclusive

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

 Tambah Rita lagi, kini bekas suami tidak ada ruang untuk bertindak culas dalam pemberian nafkah anak kerana kecanggihan teknologi yang ada kini.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz bertegas bahawa Rita tidak perlu memandai-mandai memberi peringatan kepadanya mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

View this post on Instagram

Daddy2 harijadi daddy esok kan. So Daddy nak hadiah apa sempena hari kelahiran yang ke 29 tahun ni.haura syg.. Daddy taknak apa2 pun cuma apa yg daddy nak adalah daddy nak anak daddy menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat Itu je insya Allah amin ya rabb ?? #daddylittlegirl #birthdayguy #anaksolehah #insyaallah

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on

“Tolonglah.. dia pun ada urusan peribadi yang tak pernah saya masuk camput. Saya pun tak kenal dia secara peribadi. Jangan risau tentang saya kerana saya tahu tanggungjawab sebagai seorang bapa. Biarlah urusan peribadi saya dengan Lufya ini kami selesaikan sendiri tanpa perlu melibatkan orang luar,”

Dr Che Hafiz dan Lufya Omar telah dilaporkan sudah bercerai talak satu pada 17 Jun Lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments