Kegembiraan anak sulung pasangan sensasi Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor berlari-lari di hadapan kediamannya berakhir dengan tragedi apabila anak tunggalnya, Jebat Jayden jatuh tersembam.
Berita pilu itu dikongsi ibunya, Nabila di laman instagram miliknya selepas difahamkan remuk hati melihat kondusi anaknya itu.
Lebih perit, Nabila juga turut memuat naik beberapa keping foto anaknya yang kelihatan seakan akur menahan sakit.
“My strong boy. Seronok punya lari, jatuh tersembam muka kat jalan tar depan rumah.. adoi jancur hati mommy tengok ni tapi takpelah anak jantan kan.” tulisnya.
Meskipun sedih melihat keadaan permata sulungnya itu, namun Nabila tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang tidak jemu mendoakan kesembuhan Jebat.
“Hari ke3…. Masih hensem. Alhamdulillah hehe.
“Thank you kepada semua yang mendoakan anak jantan saya,” titipnya lagi.
Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI) sejak berusia enam bulan tahun lalu.
Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Noor Neelofa telah melangsungkan perkahwinan bersama Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang menjengah usia dua tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments