Umum pasti mengetahui mengenai kisah persengketaan di antara pelawak Ali Puteh dan juga kakak iparnya iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali. Kisah dia antara mereka ini nyata mendapat liputan meluas daripada pihak media apabila mereka sekeluarga dikatakan menyisihkan wanita itu selepas pemergian Abam.
Ali sendiri mengakui bahawa sejak daripada kontroversi itu, hubungan di antara kedua buah keluarga tersebut putus malahan semua saluran untuk komunikasi terbantut termasuklah menerusi media sosial juga kerana telah disekat.
Meskipun akur dengan suratan tersebut, pelawak itu tidak dapat menyembunyikan rasa kesal dan rindu dengan satu-satunya putera yang ditinggalkan arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia 10 bulan.
Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.
Mujur bekas pemandu arwah memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu.
Lelaki itu juga menanam niat untuk berjumpa dengan keluarga balu abangnya nanti selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat menyambung kembali silaturahim yang sudah putus.
Ali juga meluahkan rasa tidak sabar untuk bertentang mata semula dengan anak buahnya nanti setelah sekian lama terpisah.
Buat masa ini, biarlah saya tengok Uthman dalam media sosial sahaja. Dapat melihat dia sihat dan membesar dengan sempurna sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga.
Harap semuanya kembali jernih sempena bulan Ramadan yang mulia dan suci ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments