#Hiburan: Isteri Hamil 2 Bulan, Jamal Abdillah Bakal Timang Cahaya Mata Lagi

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah sememangnya dikenali ramai. Meskipun kini usianya sudah 61 tahun, dia masih tetap mempunyai aura tersendiri dan baru-baru ini, khabarnya dia bakal menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

isteri jamal abdillah hamil 2 bulan

Selepas menyambut kelahiran anak perempuan pertama pada Oktober tahun lalu, Jamal berkongsi berita gembira  isterinya kini disahkan hamil 10 minggu.

Menurut Jamal, dia membawa isterinya menjalani pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.

jamal abdillah bakal timang cahaya mata lagi

Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii. Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina.

Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.

jamal abdillah bakal timang cahaya mata lagi

Jamal turut mempunyai dua lagi anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Sumber Berita : Harian Metro

 

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments