Satu demi satu dugaan yang menimpa balu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali selepas pemergian suami tercintanya itu. Selepas mengalami masalah dengan keluarga mertua, wanita itu kini dihimpit pula dengan sikap dengki sesetengah manusia.
Menurut entri Instagram yang dimuat naik oleh Hidayah sebentar tadi, dia mendedahkan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil akaun Facebook suaminya.
Hal itu hanya disedari olehnya selepas dia gagal untuk mendapatkan akses ke akaun tersebut meskipun mampu masuk seperti biasa pada paginya.
“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah, tapi sekarang tak boleh boleh buka.”
Lebih menyedihkan selepas akaun Facebook arwah Abam di’serang’, kini akaun Instagram rasminya juga cuba diakses oleh orang lain. Malahan, perkara ini bukan sekali dua terjadi.
Tegas Hidayah, akaun tersebut tidak mungkin dapat dinyahaktif secara automatik kerana media sosial tersebut diletakkan di bawah alamat emelnya selepas arwah meninggal dunia.
“Email memang saya punya tapi nama FB Syed Umar Mokhtar memang dah tak ada.”
Rata-rata pengikut wanita ini memberikan kata-kata semangat kepadanya selain mencerca individu yang tiada kerja berfaedah lain untuk dilakukan sehingga sanggup menggodam akaun media sosial arwah Abam.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments