#Hiburan: Fatin Afeefa Akui Ukuran Pinggang Hanya 24 Inci

Baik ibu mahupun anak dara, memilik tubuh badan yang langsing pasti menjadi dambaan setiap wanita. Begitu juga dengan pelakon Fatin Afeefa yang tetap anggun bak anak dara meskipun telah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

fatin afeefa

Menurut pelakon filem Tentang Bulan ini, tanpa usaha dan gaya hidup sihat, pasti akan berdepan masalah berat badan. Malah Fatin juga turut mendedahkan ukuran pinggangnya kini hanya 24 inci.

“Akhirnya pinggang saya mencecah 24 inci. Baby pooch is still there but im working on it. Fa punya rutin setiap hari is lots of oblique dan abs workout. Planking too! Anda of course pakai sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur,” katanya.

Meskipun agak rumit untuk sesetengah individu melakukan amalan bersenam bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal, namun petua yang diamalkan Fatin pasti membuahkan hasil yang berkesan.

Buat para wanita yang mahu miliki bentuk badan persis Fatin, beliau turut mengingatkan para pengikutnya untuk menjaga pemakanan.

fatin afeefa

Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang mampu menghindar masalah berat badan seperti obesiti dan penyakit kronik.

Untuk rekod, Fatin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. Hasil perkahwinan ini Fatin dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

fatin afeefa

Namun selepas empat tahun ikatan pernikahan itu berakhir apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Sumber: Nona

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments