Walaupun dunia selebriti nampak gah di luarnya tapi ramai yang tidak menyangka bahawa banyak juga dugaan yang terpaksa dihadapi kebanyakan kru dan juga pelakon di belakang tabir.
Sejak kisah pelakon veteran Norlia Ghani tidak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tular sejak beberapa hari lepas, seorang lagi pelakon lama lain turut tampil berkongsi berita yang sama.
Edika Yusof yang popular sejak tahun 90-an mengakui bahawa dia juga tidak mendapat bantuan tersebut meskipun kini bekerja sepenuh masa sebagai pelakon.
Seperti yang semua ketahui bahawa lelaki ini mula mengurangkan aktiviti lakonannya selepas isteri kesayangan, Norhidayah yang lumpuh sejak 15 tahun lepas. Masa terluang yang ada digunakan untuk merawat dan menjaga wanita tersebut.
Meskipun meluahkan mengenai perkara yang serius, tapi ada juga individu yang berseloroh kasar dan bertanyakan destinasi luar negara mana pula yang Edika bakal pergi melancong tahun depan.
Namun lelaki itu tidak melenting dan membalas bahawa kali terakhir dia ke luar negara adalah semasa masih lagi bertugas sebagai pramugara belasan tahun yang lepas sebelum isterinya lumpuh.
Kasihan mendengarkan rintihan Edika, rata-rata peminat telah menyuarakan pendapat agar pelakon itu melakukan rayuan BPN dan berkemungkinan besar permohonannya ditolak adalah kerana dia mempunyai bisnes sendiri.
Semoga urusan Edika dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments