#Hiburan: Dini Schatzmann Akui Hubungan Cinta Dengan Janna Nick Semakin Serius

Menjelaskan hubungan yang terjalin sejak dua tahun lalu tidak terjejas, pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann mengharapkan doa yang baik-baik agar hubungan cintanya dengan Janna Nick ke jinjang pelamin.

janna nick Dini schatzmann

Meskipun baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada individu mendedahkan berita bahawa pasangan ini yang difahamkan telah kahwin lari di Satul, selatan Thailand, namun ia tidak memberi sebarang kesan terhadap hubungan mereka.

“Jika ditanya mengenai reaksi saya, saya tidak ada sebarang reaksi. Kami belum berkahwin seperti yang didakwa.

“Kekecohan ini berlaku pada malam pertama Ramadan. Saya terkejut dan tak menyangka ada orang yang ingin membuka buku amalan pada bulan mulia dengan melakukan fitnah.

“Sudah tentu dalam hubungan serius, kami merancang untuk ke peringkat perkahwinan. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan, hubungan masih pada peringkat awal dan hanya mampu merancang.

“Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya.

janna nick Dini schatzmann

“Lagi pula, ia dilakukan akaun palsu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita ini, jadi mengapa kami perlu terkesan. Bagaimanapun, saya kesal ada yang berniat jahat mahu menjatuhkan reputasi dan nama baik saya dan Janna pada bulan Ramadan,” katanya kepada BH Online.

Dini yang juga bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu turut mengimbau bibit cinta ketika pertama kali bertemu Janna semasa penggambaran drama Bukan Cinta Aku pada Julai 2018.

janna nick Dini schatzmann

“Ketika itulah, saya tertarik dengan karakter, personaliti dan cara Janna bekerja. Janna, luaran nampak kasar, tetapi dia seorang yang sangat lembut dan penyayang. Saya jatuh cinta dengan personalitinya.

“Janna banyak membantu saya menghafal skrip dan lakonan. Selepas habis penggambaran drama Bukan Cinta Aku, Janna menghubungi saya dan minta tolong melatihnya bersenam. Sejak itu, kami saling mengenali dan menjadi lebih rapat,” tambahnya lagi.

 

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments