Umum mengetahui suatu masa dahulu, pasangan Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz mengalami pelbagai kontroversi semasa dalam proses penceraian mereka. Malahan kisah mereka menjadi sebutan ramai pada ketika itu.
Terbaru, selebriti wanita itu mendedahkan bahawa bekas suaminya langsung tidak bertanyakan khabar puteri tunggal mereka iaitu Laana Haura sejak setahun lamanya. Malahan, lelaki itu juga berdiam diri sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung hingga masuk Ramadan.
Lufya juga mengambil kesempatan ini untuk menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa dia melarang suaminya untuk berjumpa dengan Laana. Wanita itu menegaskan sekiranya tidak mahu berkomunikasi dengannya, boleh sahaja berhubung dengan ibu atau pun adiknya bagi bertemu dengan puteri mereka.
Selepas kenyataan Lufya ini tersebar di serata saluran media, Che Muhammad Hafiz telah tampil dan menyatakan bahawa dia tidak mahu memberikan ulasan lanjut mengenai dakwaan bekas isterinya itu.
Katanya lagi, dia kesal kerana wanita itu tidak menyelesaikan perkara tersebut secara terus dengannya namun memilih untuk menghebahkan isu peribadi itu kepada khalayak umum.
Lelaki itu turut meminta agar semua memberikan fokus terhadap usaha memerangi wabak COVID-19 dan bukannya mengenai kisah peribadinya.
Lagipun, dalam keadaan negara tengah berhadapan dengan masalah yang lagi besar iaitu wabak Covid-19 ini lagi. Lebih baik, kita semua tumpukan bagaimana nak memerangi wabak tersebut.
Selainitu, Che Muhammad Hafiz turut meminta agar Lufya memperbanyakkan amalan dan muhasabah diri dalam bulan Ramadan ini dan bukannya sibuk menyebarkan cerita tidak benar mengenainya.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat kedua pasangan ini dan semoga Laana Haura membesar dengan baiknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments