Azmin Ali disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Dr Wan Azizah. – Foto Bernama
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal desas-desus sejak beberapa bulan lalu bahawa beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Menteri Hal Ekonomi itu menegaskan bahawa dirinya tidak pernah mengetahui wujudnya ura-ura sedemikian termasuk kononnya rombakan Kabinet akan berlangsung sebelum Aidilfitri, Jun ini.
“Tidak. Saya tak tahu,” kata Timbalan Presiden PKR itu kepada Sinar Harian di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, timbul cakap-cakap politik di laman sosial yang mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan merombak Kabinet dijangkan sebelum Jun 2019.
Perkara ini, semakin hangat diperkatakan, apabila pada 25 Mac lalu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH melahirkan rasa kecewa dengan prestasi menteri kabinet kerajaannya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan kerajaan PH selepas diberikan mandat oleh rakyat pada 9 Mei tahun lalu.
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Tak tahu akan dilantik Timbalan Perdana Menteri, kata Azmin appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments