Baru-baru ini, peminat K-Pop khususnya ARMY BTS teruja dan sangat gembira sekali apabila impian mereka untuk melihat kumpulan ikonik itu menggegarkan pentas Malaysia bakal terlaksana. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihak mereka akan membawa BTS ke Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak gembira dengan berita tersebut. Menerusi akaun Instagram, aktor Sharnaaz Ahmad seakan tidak bersetuju dengan hasrat Syed Saddiq. Bukankah lebih baik untuk membawa kumpulan rock legenda terkenal seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold dan Disturbed.
Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang yang tidak memahami jiwa anak muda sekarang dan tidak mengetahui betapa ramainya peminat BTS.
Fuh! Bab K-Pop terutama sekali kalau melibatkan kumpulan BTS jangan berani hendak memberikan sebarang komen. Nanti kena ‘serang’ dengan peminat. Apa-apa pun, wajar sebenarnya untuk bawa BTS ke Malaysia selepas beberapa tahun peminat mereka menantikan kehadiran artis pujaan mereka itu. Kita juga tidak boleh paksa orang untuk suka apa yang kita suka kan? Zaman dah berubah. Apa pula komen anda?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments