Malaysia: Saya akan tanding PRU15 – Tunku Idris

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar mungkin bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15. – Foto Finance Twitter

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar yang merupakan adik Tunku Mahkota Johor dalam kiriman Instagram Story, Tunku Idris, 31, berpakaian rasmi diraja, memuat naik pilihan antara parlimen Muar atau Mersing dengan tulisan status: “I am running #PRU15” (saya bertanding PRU15).

Umum mengetahui bahawa penyandang parlimen Muar ketika ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sementara parlimen Mersing disandang ahli parlimen dari Umno, Latiff Ahmad.

Kenyataan Tunku Idris itu muncul selepas Syed Saddiq mempertikaikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mempertahankan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada baginda  hanya berseloroh berkenaan hajatnya bertanding PRU15 itu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan dalam kiriman berasingan, Tunku Idris memuat naik gambarnya memakai pakaian rasmi sama tanpa keterangan berkaitan PRU ke-15 seperti kiriman sebelumnya.

Kiriman itu disambut pengguna media sosial yang antara lain menggalakkan Tunku Idris bertanding di Muar dan terdapat juga yang mengingatkan baginda boleh terdedah kepada fitnah.

Salah seorang pengguna media sosial dengan nama @andrewrazaly berkata: “Jika Tunku bertanding, Tunku perlu tumpukan 100 peratus dan tidak habiskan masa naik helikopter atau kereta lumba.”

Tunku Idris kemudian menjawab: “Salah, saya akan terus dengan hobi saya. Itu yang membuatkan orang kekal waras.

“Anda boleh tumpukan 100 peratus dan masih gagal. Saya akan naik helikopter bila-bila saya mahu kerana itu bukan helikopter kerajaan,” jawabnya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Saya akan tanding PRU15 – Tunku Idris appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments