Malaysia: Najib rayu berperikemanusiaan Jamal sakit

Pihak polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos,48, setelah gagal hadir ke mahkamah Majistret Ampang Jaya hari ini.

Waran itu dikeluarkan kira-kira jam 5 petang dan Jamal ditahan sekitar jam 6.50 petang di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Menurut Jamal, dia sedang dirawat kerana demam campak sejak Isnin lalu.

Biarpun begitu, Jamal berkata akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat Jamal di hospital berharap pihak berkuasa akan bertindak mengikut ‘rule of law’ ke atas individu yang benar-benar sakit.

“Bagi kes-kes sebegini, sewajarnya tidak perlu melalui proses keadilan di mahkamah.

“Ini amat penting, kita mesti menunjukkan setiap rakyat tidak kira sama ada pihak pembangkang atau kerajaan, semuanya harus mendapat keadilan, baru orang akan menghormati sistem yang wujud di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, Najib turut berdoa agar Jamal cepat sembuh dan akan mendapat pertimbangan perikemanusiaan yang sewajarnya,” katanya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Najib rayu berperikemanusiaan Jamal sakit appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments