Malaysia: Perbicaraan dedah sikap boros Najib berbelanja

Najib Razak dibicarakan kes rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International anak syarikat 1MDB. – Foto The Malaysian Insight

Perbicaran kes SRC International melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pertama kali bagi rakyat Malaysia, yang tidak pernah menyaksikan perdana menteri, bekas atau penyandang jawatan, diheret ke mahkamah atas pertuduhan jenayah apatah lagi yang sebegini besar.

Portal berita The Malaysian Insight dulu dikenali sebagai The Malaysian Insider yang ditutup oleh kerajaan terdahulu kerana didakwa menyiarkan maklumat palsu – hari ini melaporkan perbicaraan Najib membuktikan dakwaan sikap borosnya berbelanja,

Najib dilapor The Malaysian Insight boros berbelanja dengan pembayaran cek dalam jumlah yang besar kepada banyak pihak daripada kontraktor binaan hinggalah kepada penyokong politik.

Sebanyak RM156,500 dikeluarkan daripada akaun AmBank untuk membayar seorang pereka kabinet dapur dan pakar pemasangan paip untuk ubah suai kediaman persendiriannya di kawasan mewah Langgak Duta di Kuala Lumpur.

Pengurus AmBank, R. Uma Devi juga memberi keterangan yang RM4 bilion dipindahkan daripada SRC International menerusi anak syarikatnya Gandingan Mentari menjelang Mac 2012 dan RM37 juta kemudian dipindahkan ke akaun peribadi Najib antara 2014 dan 2015.

Uma juga memberitahu mahkamah lebih RM3 juta dipindahkan daripada akaun AmBank Najib pada 11 Ogos 2014 untuk membayar dua bil kad kredit.

Najib berdepan tiga tuduhan jenayah pecah amanah tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa terhadap dana berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Perbicaraan dedah sikap boros Najib berbelanja appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments