Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 yang menunjukkan Perdana Menteri itu pernah menasihatinya untuk bercakap benar.
Ia selepas Mahathir membidasnya sebagai pekak untuk mendengar pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan, susulan penahanan rakan pendakwahnya di Perlis hujung minggu lalu.
Asri sekali lagi mempertahankan pandangan bahawa realiti politik sekarang membenarkan umat Islam dibuli dan pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemimpin kerajaan yang menghina Islam.
“Sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.
“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” tulisnya di Facebook.
Semalam, Asri berkata pentadbiran PH mengamalkan pilih kasih berikutan penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.
Catatan Dr Mahathir Mohamad yang dikongsikan mufti Perlis menerusi Facebooknya.
“Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan,” tulisnya.
Ketika diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri, Mahathir berkata mufti itu “pekak”, sambil mempertahankan usaha kerajaan ke arah kebajikan umat Islam.
“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya.
Asri hari ini menunjukkan catatan Mahathir dalam autograf bukunya berjudul “A Doctor in the House”.
“Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya,” Asri memetik catatan Mahathir.
“InsyaAllah, saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” katanya. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak isu PH pertahan Islam
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara
The post Digelar pekak, Dr Asri jawab Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments