Malaysia: Zakat fitrah ikut harga beras RM7 makan beras tempatan, RM14 berat import

Majlis Agama Islam Melaka (Maim) memaklumkan zakat fitrah di Melaka ditetapkan pada dua kadar tahun ini iaitu RM7 dan RM14 berbanding RM6.70 tahun lepas, kata Pengerusinya Adly Zahari.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata kadar itu ditetapkan menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dengan pengesahan Maim dan penetapan kadarnya adalah berdasarkan harga beras mengikut gred serta jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini.

“Umat Islam negeri ini yang menjadikan makanan harian daripada beras jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala, RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan harian daripada beras import termasuk beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Sembang Santai Usahawan Lang International Corporate Titans Awards dan kerajaan negeri di Ayer Keroh di sini.

Sementara itu, Adly berkata Maim menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah sebanyak 30 peratus dengan penetapan kadar baharu itu berbanding RM87.8 juta tahun lepas.

Beliau berkata bagi melicinkan usaha kutipan zakat fitrah, seramai 950 amil telah dilantik terdiri daripada pegawai syarak dan bukan pegawai syarak serta agensi di seluruh Melaka.

“Kita berharap agar semua umat Islam yang layak melunaskan tanggungjawab rukun Islam ketiga ini agar ia kemudian dapat dikongsi bersama golongan penerima agihan zakat seperti asnaf, fakir dan mualaf.

“Pengagihan zakat fitrah ini akan memberi impak besar kepada golongan berkenaan berikutan ia dapat membantu meringankan tanggungan mereka,” kata Adly.  — Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Zakat fitrah ikut harga beras RM7 makan beras tempatan, RM14 berat import appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments