#Informasi: K'tan Lancar Gagasan Wanita Babitkan Turki, Kashmir, Sri Lanka, Dll.



KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 (HSK 2019) membabitkan peserta dari beberapa negara asing.
Negara terbabit termasuk Turki, Kashmir, Sri Lanka, Senegal, Sudan, Kanada, Iraq, Palestin dan Lubnan.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Media, Korporat dan Penerbitan HSK 2019 Khairiah Mohamed berkata, program itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Jun hadapan.
Katanya, pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya perasmian HSK 2019 dan pelancaran Gagasan Wanita Kelantan.
“Wakil delegasi luar negara juga akan membentang kertas-kertas kerja pada persidangan tersebut,” katanya di sini.
Program itu akan diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu di bawah kendalian Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.
Manakala dalam perkembangan berkaitan pihak menganjur mengadakan pencarian tokoh dan ikon wanita Kelantan 2019.
Tokoh Wanita tersebut meliputi Siti Khatijah Khuwailid (keusahawanan), Siti Aisyah Abu Bakar (pendidikan), Siti Aminah Abdul Wahab (armalah), Zinnirah Al Rumiyah (orang kurang upaya).
Selain itu Zainab Khuzaimah (kemasyarakatan) dan Al Khansa Amru (kesenian).
Kategori ikon wanita pula meliputi usahawan, pendidikan, sukan, OKU, kemasyarakatan dan kesenian.
Tarikh tutup permohonan pada 5 Mei ini. Maklumat lanjut boleh hubungi Sektretariat Pencarian Tokoh & Ikon Wanita Kelantan 2019.
Maklumat lanjut boleh hubungi talian 09 747 6568 atau 019 981 3918. -HARAKAHDAILY 23/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments