Akhirnya teka-teki mengenai foto Fathia Latiff dengan imej berambut pendek yang tular beberapa hari lalu sudah terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah membuka tudungnya.
Kata Fathia, beliau sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.
Kalau kita buat sesuatu kerana manusia, ia tidak akan kekal. Saya pakai tudung sebab orang, bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri.
Jadi selama mengenakan hijab, saya alami depresi kerana tidak dapat menjadi diri sendiri. Saya cuba bertahan, tetapi perasaan itu lama-kelamaan membawa ke arah kegelapan sedikit demi sedikit. Tetapi apabila buka hijab, saya rasa bebas dan selesa. Saya tidak mahu jadi hipokrit.
Bukan tidak cuba untuk terus istiqamah dan berubah ke arah lebih baik, tetapi beliau sudah cuba untuk mengenali dirinya tetapi tidak menemui jawapan yang dicari.
Ketika pakai tudung, saya akui ada perasaan tidak ikhlas dan dapat rasa hati busuk. Bila sudah kenal diri, saya sudah tidak takut apa-apa lagi. Sebab itu saya berani tampil di depan khalayak dengan imej sebegini.
Tentunya rata-rata peminat kecewa dengan tindakan dan keputusan Fathia untuk kembali ‘free hair’. Namun, siapalah kita untuk terus memaksa seseorang itu melakukan perkara yang mereka tidak suka? Netizen boleh tegur tetapi biarlah dengan cara berhemah, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia agar satu hari nanti pintu hatinya terbuka dengan ikhlas atas kehendaknya sendiri untuk kembali berhijab.
Kredit Foto & Video : Media Hiburan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments