Nampaknya tahun 2019 merupakan tahun yang cukup baik buat Sufian Suhaimi terutama sekali dalam kariernya.
Terbaru, lagu sedih yang menjadi sinonim buat rakyat Malaysia iaitu Di Matamu tersenarau dalam Malaysia Book Of Records dengan meraih lebih 56,485 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mac 2018. Ia mencipta sejarah tersendiri dengan memecah rekod tontonan tertinggi muzik video di Youtube bagi lagu artis Malaysia.
Lagu Di Matamu menjadi fenomena kerana ia dilancarkan pada tarikh dimana Sufian dan bekas tunangnya, Elfira Loy sepatutnya bernikah. Ramai yang mengatakan lagu tersebut menceritakan situasi disebalik kisah putus tunang mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments