Malaysia: Kononnya BN banyak salah, buktikan kerajaan PH lebih baik – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan PH untuk membuktikan kebaikan pemerintahan mereka, berbanding terus menyalahkan kerajaan bekas kerajaan Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengambil contoh daripada pembentangan belanjawan tambahan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa menjurus kepada menyalahkan kerajaan BN.

“Saya merasakan berdasarkan pembentangan belanjawan tambahan oleh Guan Eng, kaedah yang digunakan masih menyalahkan kerajaan lama kononnya perbelanjaan tambahan ini bukan suatu perbelanjaan dibuat untuk membiayai projek-projek baharu tapi sebab komitmen kerajaan lama.

“Bagi saya, risiko yang patut diambil oleh mana-mana kerajaan di dunia ini apabila mengambil alih kerajaan lama maknanya pengambilan itu berdasarkan kepada apa sahaja penyambungan, segala apa yang dilakukan daripada segi komitmen.

“’Blame game’ tidak harus berlaku, lakukan yang terbaik malah lebih baik kalau kononnya kerajaan lalu lakukan banyak kesalahan dan kesilapan lakukan lebih baik. Jangan salahkan beban hampir setahun ini kepada kerajaan lama,” katanya kepada Sinar Harian.

Untuk rekod, Zahid Hamidi presiden Umno yang direhatkan akan dibicarakan atas tuduhan pecah amanah yayasan milik beliau bermula pada bulan Julai ini.

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib jawab kerajaan berkuasa tuntut seberapa banyak cukai mereka mahu 

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

The post Kononnya BN banyak salah, buktikan kerajaan PH lebih baik – Zahid appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments