Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan watak wanita lemah, menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan rogol mendapat sambutan. Iyalah, dalam hati penonton akan timbul rasa kasihan dan simpati, lebih-lebih lagi kalau jalan cerita sesebuah drama ataupun filem itu juga sedih. Ibarat sebagai “pelaris” pula watak sebegitu.
Namun, buat pelakon Izara Aishah beliau enggan lagi melakonkan watak sebegitu yang secara tidak langsung membuatkan lelaki pandang rendah pada wanita. Izara mahu membawa watak yang mengangkat lagi martabat wanita.
Saya menolak untuk melakonkan watak wanita lemah, dipukul, dirogol dan ditindas golongan lelaki selepas ini. Cukup-cukuplah cerita kaum lelaki yang memandang rendah dan menindas kaum wanita kerana zaman itu sudah berlalu.
Saya memilih untuk melakonkan watak wanita yang kuat, tabah dan berdikari dalam menempuh kehidupan. Kaum wanita memang nampak lembut di luar tetapi dalamannya kuat dan masih ada perasaan hormat yang tinggi kepada kaum lelaki sebagai pemimpin.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Izara, dah tiba masa untuk hasilkan drama dan filem yang mengangkat martabat wanita. Bukannya selalu ditindas dan dianggap sebagai insan yang lemah. Apa komen anda?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments