#Hiburan: Jangan Bina Mahligai Atas Tangisan Seorang Isteri – Ustaz Ebit Lew

Dikala ada sesetengah pendakwah bebas bersikap mendiamkan diri, berat sebelah dan enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika sedang hamil, Ustaz Ebit Lew bagaimanapun terpanggil untuk mengulas isu tersebut.

Menerusi coretan Ustaz Ebit di Facebook, beliau memesan kepada golongan suami untuk menghargai seorang isteri dan menjaga maruah mereka. Isteri adalah amanah Allah SWT untuk untuk dipimpin dan dibimbing ke syurga dan bukannya diceraikan sesuka hati. Setiap kekurangan pasangan sepatutnya diatasi bersama.

Dalam pernikahan, bahagia adalah ketika diri seorang suami juga memberi dan bukannya menuntut dan mendapatkan segalanya daripada isteri, sedangkan suami itu tidak pernah tunaikan apa Allah SWT mahu dalam pernikahan. Jangan jadi ibarat raja yang hanya tahu memerintah sahaja.

Kata-kata Ustaz Ebit Lew ini cukup mendalam maksudnya. Semoga ia juga dapat menjadi pengajaran buat semua orang di luar sana.

Sumber Berita : Facebook Ebit Lew


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments