Isu Tunku Mahkota Johor atau TMJ berseloroh menyatakan baik tukar Perdana Menteri. – Foto The Star
oleh Shahbudin Husin
Seorang pemimpin Bersatu nampaknya tersinggung dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang mencadangkan agar Perdana Menteri ditukar.
Dalam klip video yang tular di media sosial, ketika meninggalkan stadium selepas menyaksikan satu perlawanan bolasepak, peminat JDT telah menjerit “Hidup TMJ” kepada baginda, tetapi ada seorang terdengar berkata “Tukar Mora”.
Mora yang dinaksudkan itu adalah merujuk kepada Benjamin Mora, jurulatih JDT.
TMJ kemudian mengeluarkan kepala baginda melalui tingkap kereta lalu berkata, “Daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri.”
Ia kemudian mengundang ketawa dan sorakan peminat-peminat JDT.
Ahli MPT Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen dilapor Malaysiakini menyifatkan tidak patut TMJ mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.
Katanya, pihak istana perlu menghormati kedudukan parti yang menang pilihanraya dan siapa yang dipilih sebagai Perdana Menteri.
Daripada satu segi, memang betul bahawa pihak istana perlu menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat.
Tetapi, harus disedari sekarang adalah dunia langit terbuka dan sesiapa saja ada hak untuk bersuara.
Walaupun TMJ adalah pewaris Sultan Johor, suara baginda sering tidak disenangi sehingga ada pemimpin Bersatu, Khairuddin Abu Hassan pernah mencabar baginda agar menceburi bidang politik.
Kalau anak raja boleh dicabar agar menceburi bidang politik, maka apakah salahnya baginda mengeluarkan pandangan agar ditukar Perdana Menteri?
Bukankah sekarang dunia langit terbuka, janganlah mudah sangat terasa hati?
Tun Mahathir sendiri pun kerap mengkririk istana, khususnya TMJ berkaitan beberapa isu kebelakangan ini. – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara
The post BERSATU jangan kecil hati TMJ gurau baik tukar Perdana Menteri appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments