Malaysia: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja, kata bekas Ketua Hakim Negara

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memaklumkan pindaan perlembagaan membolehkan Raja dibicarakan di mahkamah khas. – Foto Astro Awani

Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sesiapapun melebihi undang-undang negara, termasuk Raja-Raja Melayu.

Perkara itu termaktub dalam perlembagaan yang dengan jelas menggariskan bahawa sesiapa sahaja di negara ini boleh didakwa jika melakukan kesalahan, termasuk Raja-Raja Melayu.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memaklumkan, meskipun pada awal kemerdekaan perlembagaan meletakkan Yang Dipertuan Agong dan Raja melangkaui undang-undang seperti konsep Raja Berperlembagaan di England, namun selepas beberapa dekad, ia telah dipinda dengan perkara 182 sekaligus melihat penubuhan sebuah Mahkamah Khas.

“Mahkamah Khas ini ditubuh dengan dipengerusikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakimnya terdiri daripada, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah,Sarawak dan beberapa lagi yang dilantik.

Tugas Mahkamah Khas ini adalah untuk membicarakan Raja-Raja termasuk Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan-Sultan, Permaisuri-Permaisuri Agong jika mereka ada melakukan sesuatu kesalahan jenayah atau wujud tuntutan sivil.

“Ini satu pekara yang tidak ada di negara-negara Beraja lain yang mengamalkan konsep ‘The King is above the law’,” ujarnya dalam satu temubual bersama Astro AWANI. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja, kata bekas Ketua Hakim Negara appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments