#Informasi: Agong Tidak Dikehendaki Bertanggungjawab Berkaitan Isytihar Perang -Peguam Negara.

Peguam Negara tegaskan Agong tidak dikehendaki bertanggungjawab berkaitan isytihar perang
Peguam Negara tegaskan Agong tidak dikehendaki bertanggungjawab berkaitan isytihar perang


kUALA LUMPUR: Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat Perdana Menteri, Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung perisytiharan perang.

Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Britain yang telah dipanggil untuk siasatan perang Iraq dan bukan Queen Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah panglima angkatan tentera.

"Jika (sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya dibuat oleh Perdana Menteri, Kabinet dan Menteri Pertahanan dan secara operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia telah menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.


ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian bertujuan menghapus kekebalan pelaku jenayah paling serius yang dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat antarabangsa membabitkan jenayah penghapusan etnik (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.

Forum itu menampilkan anggota panel terkemuka, iaitu anggota kumpulan G25 Datuk Noor Farida Ariffin, pakar undang-undang perlembagaan Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab mengapa beliau (Thomas) dikatakan gagal meyakinkan Majlis Raja-raja agar menyokong kerajaan menandatangani triti itu, beliau berkata beliau tidak ada bersama empat ahli akademik berkenaan semasa penjelasan mengenai Statut Rom ICC kepada Majlis Raja-raja.

Thomas berkata jika mereka berlima hadir di bilik yang sama pada ketika itu, kedua-dua pihak tentu berpeluang mengulas mengenai pendapat masing-masing...

"Saya berpeluang mengulas pendapat mereka dan mereka mengulas pendapat saya... tetapi peluang itu tidak berlaku." katanya.

Empat ahli akademik itu turut dipersalahkan kerana dikatakan mengelirukan Majlis Raja-raja mengenai Statut Rom dengan membentangkan kertas yang berat sebelah mengenai triti itu.

Bagaimanapun, menurut penganjur, keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir di forum hari ini walaupun mereka diundang untuk turut menjadi anggota panel.
-- BERNAMA

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments