DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:
Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu)
Masa 1.00 tengah hari hingga 4.00 Petang
Tempat: Masjid Jamek Kuala Lumpur dan hadapan Sogo, Jalan Tar, KL
Objektif Himpunan
1. Bantahan Ancaman terhadap Kedaulatan Islam di Malaysia
2. Isu Rome Statute
3. Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib
4. Isu Bahasa – UEC & PPSMI
5. Desakan ‘Pecat’ Peguam Negara
6. Isu-isu berkaitan penderitaan rakyat
7. Isu-isu berkaitan
Penyertaan
1) Pimpinan Gerakan NGO Utama Malaysia
2) Pimpinan Parti-parti Politik Melayu / Islam
3) Pimpinan Gerakan Mahasiswa dan Belia
4) Pimpinan Masyarakat Madani
5) Anggota Masyarakat Cakna Pelbagai Kaum
6) Seluruh Rakyat Pelbagai Kaum
Aturcara
1) Solat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
2) Bergerak ke SOGO
3) Ucapan Pimpinan NGO dan Parti Politik
4) Deklarasi Rakyat 5) Bersurai
Justeru itu semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri/WP, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri himpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksimum mungkin para penyokong PAS ke program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.
Sila dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa.
“Islam Memimpin”
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP.
Setiausaha Agung
30 April 2019 – HARAKAHDAILY 30/4/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
0 Comments