Minggu lalu, hangat dengan kontroversi pelakon Fathia Latiff buka tudung selepas tiga tahun beliau berhijab. Fathia akui tidak menyesal dengan keputusan tersebut dan selesa menjadi diri sendiri.
Kata Fathia, beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan mengakui sebelum ini beliau menutup aurat bukan kerana Allah SWT tetapi sebaliknya ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang. Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mengundang rasa kurang senang ramai, sehingga beliau dilabel hendak mempersendakan hukum agama. Memang wajib sebagai seorang wanita muslim untuk menutup aurat.
Sedar apa yang beliau katakan itu agak melampau, Fathia menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu. Fathia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu, Fathia mengesahkan beliau sudah membuka tudung dan sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu. Ketika berhijab, kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments