Tidak dinafikan, ramai terkejut dengan tindakan Fathia Latiff yang membuka tudungnya selepas 3 tahun berhijab. Jelas Fathia, beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan mengakui sebelum ini beliau menutup aurat bukan kerana Allah SWT tetapi sebaliknya ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang.
Hati dan kehidupannya tidak tenang ketika berhijab tetapi kini beliau sangat gembira dan selesa dengan imej terbarunya yang berambut pendek.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Fathia sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.
Dihimpit dengan pelbagai kritikan, Fathia berkata ini adalah kehidupannya dan beliau berhak untuk mengatur hidupnya. Orang lain tidak perlu terlalu cepat menghukum dan menghina dirinya.
Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum. Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.
Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan. Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat.
Menurut Fathia, tidak salah jika ingin menegur ataupun memberikan nasihat, tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments