Malaysia: TMJ balas kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor ‘terbatal’

Tunku Mahkota Johor berbalah dengan Tun Dr Mahathir isu perlembagaan Malaysia dan Johor.- Foto The Star

Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Putera Mahkota Johor itu berkongsi di laman Twitter beliau dua artikel Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri serta kedaulatan Raja-raja.

Perkara 71 (1) Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri menyebut: Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Perkara 181 (1) pula menyebut: Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

Semalam, Dr Mahathir menulis di blognya bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Tulisan itu disiarkan di tengah-tengah krisis antara Mahathir dengan Istana Johor berhubung pemilihan menteri besar yang baru dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.

“Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

“Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang,” katanya.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu diisytiharkan pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa sehingga kini.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post TMJ balas kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor ‘terbatal’ appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments