Malaysia: Bank Negara maklum wang besar masuk akaun AmBank Najib, kata saksi

Uma Devi, pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini.- Foto Daily Express

Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) diberitahu menerusi Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS) pada Februari tahun yang sama kerana menjangkakan transaksi wang masuk yang besar.

Uma berkata berdasarkan rekod bank antara 2011 dan 2013, RM2.6 bilion (AS$681 juta) masuk ke akaun milik Najib yang dibuka pada 13 Januari 2011.

Uma Devi berkata rekod menunjukkan RM2.6 bilion masuk sebagai sumbangan dan hadiah daripada Faisal Turki, kerabat raja Saudi, serta daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.

“Pada 23 Ogos 2014, RM2.034 bilion (AS$620 juta) diremit keluar negara,” katanya ketika disoal peguam Najib, Harvinderjit Singh.

Uma saksi ke-21 yang memberi keterangan pada perbicaraan itu berkata, Najib kemudian memindahkan RM162 juta kepada akaun baru yang berakhir dengan nombor 880, manakala akaun sebelum itu, yang berakhir dengan nombor 694, ditutup pada 30 Ogos 2013.

Najib dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari akaun SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Bank Negara maklum wang besar masuk akaun AmBank Najib, kata saksi appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments