Malaysia: Perbicaraan Najib bazir masa – Shafee

Shafee Abdullah dan anak guamnya Najib Razak. Shafee turut didakwa dan bakal dibicarakan atas tuduhan menerima RM9.5 juta dari Najib. – Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sebagai orang yang dituduh, Najib mempunyai hak untuk mengetahui serta mengesahkan pertuduhan apa yang dikenakan terhadap dirinya.

Shafee berkata demikian mengulas kenyataan peguam negara Tommy Thomas yang hanya menyebut bahawa Najib menghadapi pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan penyelewengan wang.

Memetik laporan Harian Metro, Shafee berkata, susulan itu perbicaraan dihadapi Najib adalah sia-sia serta membazirkan masa.

Shafee turut berkata pasukan pendakwaan mesti membuktikan bahawa orang kena tuduh – Najib menyedari dana yang masuk ke dalam akaun Ambank miliknya berjumlah RM42 juta adalah berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Beliau mendakwa terdapat banyak transaksi yang masuk ke akaun bank Najib, namun itu tidak dapat disahkan sama ada wang yang masuk ke akaun Ahli Parlimen Pekan itu adalah berasal daripada sumber haram. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Perbicaraan Najib bazir masa – Shafee appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments