Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan zaman menyalahguna kuasa dan menodai institusi kerajaan terutama isu kehakiman sudah berakhir, sekali gus noktah untuk UMNO serta BN memperalatkan institusi-institusi kerajaan demi melindungi semua kesalahan mereka.
“Mereka juga kalangan yang tidak menghormati undang-undang pada zaman pemerintahan kerajaan kleptokrasi dahulu.
“Malahan, pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Datuk Seri Najib Razak telah campur tangan serta memperalatkan bidang kehakiman mahupun pihak penguatkuasa undang-undang untuk melindungi segala kemungkaran mereka.
“Semua institusi-institusi kerajaan berada di bawah cengkaman pemimpin-pemimpin korup UMNO pada zaman mereka berkuasa. Kini, zaman BN noda institusi kehakiman berakhir,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Astro Awani.
Pada Isnin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mesti berhenti mengeluarkan kenyataan yang membingungkan orang ramai mengenai peranan Raja-Raja seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara.
Dalam kenyataan sama, Khairuddin menegaskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), pihak eksekutif tidak lagi campur tangan dalam bidang kehakiman ataupun badan-badan yang bersangkutan dengan penguatkuasaan undang-undang.
“Asyraf harus cermin muka dia terlebih dahulu. Di zaman pemerintahan Najib, dia juga bersikap dayus dan hanya menurut apa sahaja tindakan salah guna kuasa Najib.
“Saya ingin nasihatkan Asyraf agar ‘jangan mengajar itik berenang. Dia adalah personaliti yang cakap tidak serupa bikin. Lebih tepat dia adalah tin kosong sahaja,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Khairuddin juga mahu Majlis Raja-Raja Melayu peka dah sedar tentang kepentingan menyetujui perlantikan jawatan Ketua Hakim Negara secepat yang mungkin atas cadangan nama dari pihak kerajaan.
“Jawatan Ketua Hakim Negara telah kosong dari 12 April 2019. Pengosongan ini harus diisi semula secara pantas kerana jawatan ini amat penting bagi menerajui bidang kehakiman negara,” jelasnya.
Sebelum ini, Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi
KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
The post Pelantikan Ketua Hakim Negara, Khairuddin kata Asyraf jangan ajar itik berenang appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments