Malaysia: Exco Johor bukan team Muhyiddin, kata Sahruddin

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) baru-baru ini adalah ‘pasukan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kesemua 10 Exco itu merupakan pilihannya sendiri, untuk melaksanakan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan rakyat Johor dan mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.

“Sebetulnya, untuk kita membela rakyat, tiada team pun. Cuma pasukan exco yang ada di keliling saya ini, 10 Exco yang ada ini merupakan satu pasukan yang saya selesa bekerja dengan mereka.

“Tujuan (mereka dilantik) untuk kita menjaga rakyat Johor nilah, jadi tiadalah team A, team B ni,” kata beliau dalam satu temubual khas di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini semalam.

“Inilah team saya, untuk membela nasib rakyat. Sepuluh Exco itulah team saya, untuk membela rakyat,” kata Dr Sahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa ada antara exco baharu yang dipilih merupakan “Team Muhyiddin” sehingga turut menimbulkan persoalan terdapatnya campur tangan dari Istana. — Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Exco Johor bukan team Muhyiddin, kata Sahruddin appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments