#Hiburan: Saya Sedih Dan Insaf – Lan Pet Pet Dan Pak Ya Bermaafan

Dibelasah teruk oleh Lan Pet Pet, pengawal keselamatan Yahya Manap ataupun mesra dengan panggilan Pak Ya meluahkan rasa tidak puas hati pelawak itu hanya dikenakan dendan RM2,000. Malah, Pak Ya juga dikatakan mahu mengambil tindakan saman malu terhadap Lan sebanyak RM 3 juta.

Bagaimanapun, kemelut antara mereka sudah berakhir apabila Lan baru-baru ini bersemuka dengan Pak Ya dan bersungguh-sungguh memohon maaf.

Saya maafkan Lan (Mazlan).Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka. Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insiden itu.

Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula. Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu.

Pada masa yang sama, Lan bersyukur permohonan maaf itu diterima baik oleh Pak Ya dan keluarganya. Beliau cukup menyesal dengan segala perbuatannya itu.

Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu. Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum.

Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah.

Baguslah kalau dapat menyelesaikan isu ini dengan baik dan saling bermaafan. Kami harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran buat orang lain juga.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments