Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pihak yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya tidak mempertahankan Islam sebagai ‘pekak’.
Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook yang menyatakan suara ‘mempertahankan Islam’ sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.
Dr Mahathir berkata, kerajaan hari ini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.
Justeru, beliau menafikan umat Islam terancam di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan beranggapan pihak yang mendakwa suara ‘mempertahankan Islam’ sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini kerana mereka ‘pekak’.
“Pasal dia pekak. Kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam tapi dia tak dengar,” katanya dipetik BERNAMA pada Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Mohd Asri dalam perkongsian di media sosial Facebook miliknya mendakwa pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.
Dakwanya pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.
Mohd Asri dipercaya membuat kenyataan itu susulan seorang pendakwah bebas yang dikatakan mempunyai kaitan dengan tokoh pendakwah terkenal dari India, Zakir Naik, direman polis selama empat hari untuk membantu siasatan, kelmarin.
Pendakwah itu ditahan susulan lebih 700 laporan polis yang diterima di seluruh negara terhadap satu klip video yang dianggap mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Hindu.
– DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara
The post Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments