Malaysia: Rakyat tak tahu apa-apa pasal kereta – Dr Mahathir

Dr Mahathir merancang projek kereta nasional ke-3 – Foto The Malaysian Insight

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional yang ketiga adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung dengan industri kejuruteraan automotif.

Selepas melancarkan Festival GT Asia di Litar Antarabangsa Sepang tempohari, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional kita adalah teruk, dan tidak menyokong rancangan kerajaan untuk melancarkan projek kereta ketiga ini.

“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar.

“Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.

“Mereka tidak tahu apa-apa (mengenai) kejuruteraan automotif. Itu sebabnya kami (kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat.

“Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,” katanya seperti dilapor Bernama. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Rakyat tak tahu apa-apa pasal kereta – Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments